Selamat datang di CaraGampang.Com

Featured Content Slider

Rabu, 24 April 2013

PR serang BN di NIBONG TEBAL

Malam tadi ceramah anjuran BN di kejutkan dengan letupan bom yang agak kuat.Hanya seorang yang tercedera dan keadaan stabil. Lagi berita disini

Rabu, 17 April 2013

Anwar Ibrahim marah blogger PR

Tidak dinafikan blogger PR memang handal.Dalam hanya beberapa jam selepas video seorang pemimpin tertinggi PAS disebarkan,mereka dapat menafikan video itu.
Namun mereka lupa akan kecerdikan rakyat sekarang dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca.

                       *laman sosial yang mengatakan video itu bukanlah pemimpin tertinggi mereka


Hanya berfikir mereka bijak mengatur langkah,mungkin mereka terlupa yang perbuatan mereka menafikan pembabitan pemimpin tertingi pas itu mengundang kecelakaan bagi PR.

Video yang diedit untuk membuktikan entiti didalam aksi ranjang tu ternyata palsu.Mari kita lihat semula hasil printscreen original dan yang telah diedit blogger pembangkang.




                                               *hasil edit blogger pembangkang

SEKARANG MARI KITA BANDINGKAN PRINTSCREEN ORIGINAL DAN YANG TELAH DIEDIT.





 Ternyata jelas sekali apa yang telah diedit blogger pembangkang jauh berbeza dengan yang original.
Printscreen itu berbeza sekali apabila gambar yang ditonjolkan di blog pembangkang itu kabur dan bagi yang pertama kali melihat pasti terpedaya dan akan mengatakan jahatnya UMNO/Barisan Nasional.

DAN DISINI MARI KITA LIHAT PERBEZAAN YANG PALING KETARA GAMBAR PRINTSCREEN ITU TELAH DIEDIT:





 LIHAT BUKAN?

Jelas lagi nyata,mereka boleh dan sanggup berbuat apa saja untuk menidakkan perbuatan terkutuk pemimpin tertinggi mereka.

BENAR atau TIDAK..anda nilailah sendiri.


MAAF PAKATAN RAKYAT,KALI INI ANDA TIDAK BERJAYA!CUBA LAGI UNTUK MEMFITNAH



SENARAI CALON BARISAN NASIONAL PRU 13 PULAU PINANG

BERIKUT senarai calon BN bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang diumum Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow hari ini.


PARLIMEN

Kepala Batas: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Umno - muka baharu)
Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (Umno)
Bagan: Chua Teik Siang (MCA)
Permatang Pauh: Dr Mazlan Ismail (Umno - muka baharu)
Batu Kawan: N.Gobalakrishnan (Gerakan - muka baharu)
Bukit Mertajam: Gui Guat Lye (MCA)
Nibong Tebal: Datuk Zainal Abidin Osman (Umno)
Bukit Bendera: Teh Leong Meng (Gerakan - muka baharu)
Tanjong: Ng Song Kheng (Gerakan - muka baharu)
Jelutong: Ng Fook On (Gerakan)
Bukit Gelugor: Teh Beng Yeam (MCA)
Bayan Baru: Tang Heap Seng (MCA)
Balik Pulau: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

KERUSI NEGERI

Penaga: Mohd Zain Ahmad (Umno - muka baharu)
Bertam: Shariful Azhar Othman (Umno - muka baharu)
Pinang Tunggal: Datuk Roslan Saidin (Umno)
Permatang Berangan: Omar Abdul Hamid (Umno - muka baharu)
Sungai Dua: Muhamad Yusoff Mohd Noor (Umno - muka baharu)
Telok Air Tawar: Datuk Jahara Abdul Hamid (Umno)
Sungai Puyu: Sum Yoo Keong (MCA)
Bagan Jermal: Tan Chuan Hong (MCA)
Bagan Dalam: M.Karuppanan (MIC - muka baharu)
Seberang Jaya: Mohamad Nasir Abdullah (Umno - muka baharu)
Permatang Pasir: Anuar Faisal Yahaya (Umno - muka baharu)
Penanti: Ibrahim Ahmad (Umno - muka baharu)
Berapit: Lau Chiek Tuan (MCA)
Machang Bubuk: Tan Lok Heah (Gerakan)
Padang Lalang: Tan Teik Cheng (MCA)
Perai: L. Krishnan (MIC - muka baharu)
Bukit Tengah: Teng Chang Yeow (Gerakan)
Bukit Tambun: Lai Chew Hock (Gerakan)\
Jawi: Tan Cheng Liang (MCA)
Sungai Bakap: Mohd Foad Mat Isa (Umno)
Sungai Acheh: Datuk Mahmud Zakaria (Umno)
Tanjung Bungah: Chia Kwang Chye (Gerakan)
Air Putih: Tan Ken Keong (MCA - muka baharu)
Kebun Bunga: Hng Chee Wey (Gerakan - muka baharu)
Pulau Tikus: Rowena Yam (Gerakan - muka baharu)
Padang Kota: Oh Tong Keong (Gerakan - muka baharu)
Pengkalan Kota: Loke Cheng Gin (MCA - muka baharu)
Komtar: Loh Chye Teik (MCA - muka baharu)
Datok Keramat: Ong Thean Lye (Gerakan)
Sungai Pinang: Thor Teong Gee (Gerakan)
Batu Lanchang: Lee Boon Ten (Gerakan)
Sri Delima: Low Joo Hiap (MCA - muka baharu)
Air Itam: Loo Jieh Sheng (Gerakan - muka baharu)
Paya Terubong: Koh Wan Leong (MCA)
Batu Uban: Goh Kheang Sneah (Gerakan)
Pantai Jerejak: Wong Mun Hoe (Gerakan)
Batu Maung: Mansor Musa (Umno)
Bayan Lepas: Nordin Ahmad (Umno - muka baharu)
Pulau Betong: Muhamad Farid Saad (Umno)
Teluk Bahang: Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Umno - muka baharu)

 

Isnin, 15 April 2013

Sungai Acheh bergolak lagi @dzainalabidin

Dengan hanya berbaki 5 hari lagi untuk penamaan calon untuk PRU 13 isu calon di setiap Dun dan Parlimen sering menjadi tanda tanya.Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Lain pula jadinya di Dun Sungai Acheh.Untuk imbasan kerusi di Dun N21 Sungai Acheh pada PRU yang ke 12 di menangi oleh Datuk Mahmud Zakaria(BN) menewaskan Dr.Azhar Ahamad(PKR) dengan majoriti 250 undi.

Kerusi yang dipegang calon untuk PKR itu sebelum ini adalah milik PAS dan untuk PRU 13 ini,kerusi itu menjadi 'panas'.PAS mengharapkan kerusi itu dipulangkan untuk calon mereka.Akhir-akhir ini menjadi pergolakan dalaman PR dan kata putus telah dibuat dan kerusi itu 'dikembalikan' kepada PAS dan mereka bakal meletakkan calon iaitu Mohd Yusni Mat Piah dan bukanlah CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham dari PKR.

Ini dikuatkan lagi dengan satu penulisan beliau yang mengatakan 'tidak akan ada pertandingan 3 penjuru di Dun Sungai Acheh'

Tetapi perkara berlaku sebaliknya apabila secara tiba-tiba pada pagi Ahad 14 April 2013 Chegubard bersama kumpulan gerak kerja PKR telah berkempen,memberi risalah manifesto PR dan merayu undi untuk dirinya di Dun Sungai Acheh.

Hal ini menunjukkan Chegubard yang beliau tidak akan berundur diri daripada bertanding di situ.Apa sudah jadi dengan PR.Mungkin ini hanya lakonan dan akhirnya Chegubard tidak akan bertanding di N21.Atau mereka hanya mahu mendapat publisiti rakyat tempatan.

Andai ini yang sedang dimainkan mereka bermakna PR telah memperdaya rakyat sekali lagi dengan cara politik kotor mereka.


*dalam masa yang sama 'orang-orang' kuat PAS telah mula promo dan berkempen untuk Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.Makin sulit isu kes dalaman PR.Kalau dah tak berpakat tu,keluar saja lah PAS dari PR.











Jumaat, 12 April 2013

Demi mengejar Putrajaya PR sanggup gadai segalanya

Sekali lagi Pakatan Rakyat menjadikan masjid sebagai pentas politik.
Sebelum bacaan tazkirah dan khutbah Jumaat hari ini di Masjid Kampung Matang Gedong Sungai Petani sebentar tadi,pihak masjid telah mengumumkan yang akan diadakan 'perhimpunan kebangkitan rakyat' pada petang ini.

Muslimin yang hadir agak terkejut dengan pengumuman yang di anggap lebih kepada politik itu.Di sini sekali lagi Pakatan Rakyat telah menjadikan rumah Allah sebagai kepentingan peribadi politik mereka.

Pihak masjid sepatutnya mengenepikan fahaman politik semasa berada di tempat suci itu.Ini menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengejar Putrajaya.

Lebih menyedihkan apabila text khutbah itu menunjukkan dan ingin menghasut untuk menyokong Pakatan Rakyat.Perkara ini menunjukkan mereka sangat terdesak hingga segalanya boleh digadai termasuk kesucian Agama Islam sendiri.

Khamis, 11 April 2013

Aktiviti bodoh Nizar berulang

Gempar hari ini apabila ura-ura bekas menteri besar Perak akan masuk Pakatan Rakyat.Isu ini dibawa meluas oleh arus media Pakatan Rakyat yang mengatakan Nizar akan membuat pengumuman malam ini.

Nizar mengatakan yang bekas menteri besar Perak,Tajol Rosli bakal menyarung jersi Pakatan Rakyat.
Namun ini disangkal oleh oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO Gerik,Dato Hasbullah.

Beliau menafikan isu itu dan menyatakan ini merupakan fitnah yang dimulakan oleh Nizar MB bawah pokok dan mula bertebaran di laman sosial yang dimainkan oleh jentera siber PR.Nizar Jamaluddin yang dikenali dengan PEMBOHONG BERSIRI meneruskan agenda pembohongannya untuk mengecapi cita-cita politik di Perak.

#lepas 1-1 pembohongan nizar,semua orang pun sudah mulai bosan dengan permainan politik kotor nya apabila isu terbesar beliau yang mengatakan Pas tidak pernah mahu untuk mendirikan NEGARA ISLAM.



Rabu, 10 April 2013

Mat Sabu masih belum baligh

Kenyataan Mat Sabu dalam harakahdaily.net pada 9 April 2013 telah menunjukkan dia seorang yang bertaraf sekolah rendah.
Mat Sabu berkata 'percalonan beliau kali ini merupakan kali kelapan, dan baginya berpindah-pindah kawasan merupakan perkara biasa' adalah sangat tidak matang.
Memetik ucapannya,apakah peranan dia sebagai seorang wakil rakyat yang sebelum-sebelum ini?
Pada keseluruhannya sebagai seorang wakil rakyat dia tidak pernah membantu penduduk setempat untuk menyelesaikan segala isu setempat.
Jadi mungkin ini lah yang dikatakannya 'perkara biasa' dalam berpindah-pindah tempat untuk bertanding.
Jika kalah atau menang tetap rakyat setempat tidak dapat apa-apa.

Harapan rakyat sentiasa terabai dan dimainkan oleh pakatan pembangkang.
Semoga rakyat kembali cerdik untuk memilih pemimpin.



Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger