Selamat datang di CaraGampang.Com

Ahad, 25 November 2012

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Rahsia Anwar?

Gua dh cakap... Bapak kepada Nurul Izzah ni memang pakar dalam segala bentuk usaha yang boleh mendatangkan kemudaratan.. Lu orang semua jangan terkejut pulak dengan pendedahan yang dibuat blogger otai Dr MiM ni..

Bernama melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan tindakan Anwar Ibrahim yang memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih.

Beliau berkata bahawa ianya hanya “helah” untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

Yang kantoinya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang yang hadir!

"Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.

Bernama juga melaporkan, pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger