Selamat datang di CaraGampang.Com

Rabu, 9 Januari 2013

Hadi Terkena Nasi Kangkang DAP & PKR?


Gua lihat Haji Hadi dan PAS semakin menyimpang jauh daripada landasan sebenar perjuangan yang dilaung- laungkan suatu ketika dahulu.

Sekarang ini dapat dilihat setiap perlakuan dan tindakan yang diambil lebih banyak menjurus kepada sesuatu yang merugikan agama Islam.

Hadi, lu dah kena nasi kangkang Anwar Ibrahim ke? Semua cadangan lu jadi pak turut? takde hak bersuara ke PAS dalam Pakatan Rakyat?



KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.


“Penganut Islam pelbagai bangsa boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

“Selain itu Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.


Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR dan DAP menyambut baik pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah. 
Beliau bagaimanapun membidas tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah di negeri itu. 
Menurut Anwar Mais merupakan badan bebas dan tidak berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri. 
Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu. 
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas. 
Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan. 
Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan ‘Tuhan’ dan bukannya ‘Allah’ untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan. – mStar Online

Pandangan Sultan Selangor selaku ketua agama Islam pun korang ketepikan demi untuk pastikan cita- cita memegang Putrajaya tercapai. Kalau terjadilah seperti mana Islam Indonesia di Malaysia, dengan nama Allah, PAS lah penyebabnya. 

Konpom kot Malaysia akan jadi negara republik kalau korang memerintah? Sampaikan suara sultan pun korang tolak mentah- mentah je.

Sedarlah sikit juak PAS sekelian, korang tak pernah MAKSUM pun.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger