“Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.
Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.
“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”
Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.
“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.
Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”
Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.
“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?
Bagi yang masih belum jelas, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ini selepas ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.
P/s - Macam nie ke nak merisik anak dara orang hormat orang tua pun tak.. Ego sangat sharnaaz nie ingatkan dia hebat sangat ke dah bapa orang belum nak restu lagi pergi lah ambil hati nie nak cakap cakap macam tu kenapa pula .. nampak sangat kurang pandai.. belum lagi ada ikatan apa2 dah memandai cakap bakal isteri la apa lah jodoh tu di tangan Allah S.W.T sedare ... geram pula aku dengan budak sekor nie .. korang pula macam mana ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan