Selamat datang di CaraGampang.Com

Featured Content Slider

Selasa, 27 November 2012

Geng Royalti Serang PWTC?

Gua langsung tak terkejut dengan artikel yang dikeluarkan rakan blogger MPP Online berhubung tindakan kurang bijak penyokong- penyokong PAS yang semestinya sekolah tak habis. Senang betul lu orang kena kencing dengan ularmak lu orang ye?

Kalau tak silap gua, Pok Nicky dah bawak dah benda alah berhubung royalti ni ke mahkamah. Tunggu ajelah keputusan bro.

Kalau bab Anwar disabitkan tak bersalah dengan pertuduhan meliwat Saiful, laju je lu orang cakap mahkamah adil..

Nanti kalau diputuskan Kelantan tak layak terima royalti, jangan pulak terhegeh- hegeh kata sistem kehakiman dah rosak.

Lu orang baca ajelah artikel yang dikeluarkan MPP Online nih..

Gua dimaklumkan bahawa Pakatan laknatullah telah menghantar seramai 10 orang pencacai upahan dorang ke PWTC sebagai tanda protes berkenaan Royalti minyak di Kelantan..

Macai-macai upahan Nik Ajis tu kononnya nak serahkan memorandum royalti minyak kepada Perdana Menteri tapi berjaya dihalang oleh beberapa orang Pemuda Umno yang berada di kawasan hadapan bangunan PWTC..

Apa yang gua nampak disini ialah, puak-puak khawarijj ni memang sengaja nak mencabar Umno.. Pasal tu lah dorang cuba untuk 'melanggar' rumah Umno di PWTC tu beb..

Bukannya dorang tak tau, sekarang ni tengah berlangsung Persidangan Umno bagi tahun 2012.. Tapi nampaknya dorang sengaja nak tunjuk kurang ajar buat kacau disitu jugak..Gua rasa, macai-macai lembu Husam tu memang bernasib baik pasal ramai Pemuda tengah sibuk mendengar taklimat didalam Dewan utama tadi.., kalau tak, confirm ada yang balik naik ambulan beb..

Lepas ni, gua nak tengok pemimpin Pas Kelantan sendiri datang serah memo atau apa kejadah sekalipun di PWTC dalam masa seminggu ni..Takat hantar macai je apa barang beb.., pemimpin Pas Kelantan semua tak bertelor ke?

Isnin, 26 November 2012

11 Cedera Singa Mengamuk

SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya - ‘Rajagobal apa kau buat?’ ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya.
Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.
Adakah kekalahan di tangan skuad kendalian Radojko Avramovic ini masih tidak boleh diambil kira kerana Malaysia juga tewas 5-1 kepada Indonesia pada aksi pertama dua tahun lalu sebelum muncul juara, tapi apa yang pasti untuk menang baki dua perlawanan kumpulan menentang Laos dan Indonesia selepas ini bukan mudah, biarpun ia tidak mustahil.
Dalam aksi menentang musuh tradisi Singapura itu, pengalaman sembilan pemain skuad juara 2010 menjadi taruhan Rajagobal dalam kesebelasan utama selain tiga pertahanan baru, Mohd Azmi Muslim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Bunyamin Umar diberi kepercayaan kali ini.
Dengan sokongan lebih 40,000 penyokong tempatan, Harimau Malaya bermula baik dengan serangan awal menerusi penyerang, Norshahrul Idlan Talaha yang membuat larian di sebelah kanan untuk menggelecek dua pemain Singapura namun sepakannya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohamad Izwan Mahbud.
Namun aksi panas anak buah Rajagobal yang menewaskan Singapura 2-0 pada pertemuan terakhir Jun lalu dalam aksi persahabatan hanyalah seketika.
Selepas aksi hambar lebih setengah jam, skuad kebangsaan kemudian tergamam dengan dua gol pantas kapten skuad Singa, Shahril dalam tempoh enam minit.
Hantaran Shahdan Sulaiman berjaya dikawal baik pemain tengah LionsXII itu yang melepasi kawalan Azmi dalam kotak penalti sebelum meledak gol pertama pada minit ke-32 menewaskan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.
Empat minit kemudian, Khairul Fahmi melakukan kesilapan apabila tertampan bola sepakan percuma Shahdan ke belakang dan biarpun cuba dikeluarkan Mohd Fadhli Shas di atas garisan gol, Shahril pantas menanduk untuk gol kedua Singapura.
Kemasukan dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Mahali Jasuli menggantikan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Azmi memberikan sedikit kebangkitan, namun kekeringan idea untuk menembusi benteng Singapura yang ampuh bertahan.
Hanya satu serangan bahaya berjaya dilakukan, namun hantaran lintang Mahali dari sebelah kanan pantas diselamatkan Mohamad Izwan ketika penyerang negara Mohd Safee Sali dalam posisi terbaik untuk menolak masuk bola ke dalam gawang.
Duric yang berusia 42 tahun membuktikan kenapa pengalamannya begitu berharga buat Avramovic dengan menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-75, hanya dua minit berada di atas padang selepas menggantikan Shahril.
Kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah memberikan kelegaan buat Singapura sebelum berdepan Thailand manakala Harimau Malaya perlu bangkit menentang Laos pada Rabu ini. -SH

Terbaek Dari PR, Sedia Khidmat Guaman Buat Pesalah?

Gua percaya ramai yang dah tahu, PR sememangnya raja dalam membela golongan kurang ajar dan perosak keamanan. 

Sebagai contoh yang jelas, di Pulau Pinang, mereka mengangkat bekas banduan selaku Ketua Menteri, manakala PKR juga begitu apabila melantik Anwar Ibrahim sebagai Ketua mereka merangkap Penasihat Ekonomi Selangor.

Terbaru, PR turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengikut setianya bagi menjadi pengacau terhadap transformasi yang dibawakan kerajaan.




Ahad, 25 November 2012

Jeng.. Jeng.. Jeng.. Rahsia Anwar?

Gua dh cakap... Bapak kepada Nurul Izzah ni memang pakar dalam segala bentuk usaha yang boleh mendatangkan kemudaratan.. Lu orang semua jangan terkejut pulak dengan pendedahan yang dibuat blogger otai Dr MiM ni..

Bernama melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan tindakan Anwar Ibrahim yang memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih.

Beliau berkata bahawa ianya hanya “helah” untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

Yang kantoinya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang yang hadir!

"Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.

Bernama juga melaporkan, pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar.

Sabtu, 24 November 2012

Perlaksanaan Hudud - PAS Cuba Elak DAP, PKR Jadi Abang Besar!!!

Daripada artikel yang diterbitkan bernama seperti di bawah, berani gua katakan bahawa tindakan PAS untuk kembali menabur baja pada perlaksanaan hukum hudud bawaan mereka yang makin mati tidak lebih daripada mahu menandingi aura yang dibawakan kedua sahabat sebantalnya iaitu DAP dan PKR.

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Cakap sahaja berdegar-degar, begitulah PAS apabila sekali lagi mengulangi janjinya mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia jika tiba masanya dan tidak akan memaksa bukan Islam menerimanya.

Ibarat tong kosong, PAS kali ini berhasrat melaksanakannya melalui proses demokrasi, suatu umpan yang sudah acap kali dijadikan modal untuk meraih kesetiaan anggota parti.

Selain bermatlamat mahu menarik sebanyak mungkin undi di kalangan orang Islam khususnya Melayu, hudud juga dijadikan sandaran PAS demi menjayakan cita-cita bersama sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan Putrajaya.

Kalangan pemerhati politik berpendapat, selain menjadikan hudud sebagai sandiwara politik, ia dilihat bertujuan melonjakkan nama PAS yang kian tenggelam dihimpit DAP dan PKR.

Ada juga pandangan yang menyatakan, semakin hangat sesuatu isu itu diperdebatkan, semakin menonjol jugalah pihak yang membangkitkan isu tersebut.

Isu hudud secara tidak langsung memberi 'kredit' kepada PAS yang kian tenggelam berbanding sekutunya dan ia dilihat sebagai usaha terakhir parti itu membina momentumnya sendiri sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Tanpa penjelasan bagaimana hukum hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, isu hudud yang tenggelam timbul dan bermusim ini sebenarnya lebih banyak menimbulkan spekulasi dan polemik yang meresahkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Mampukah isu hudud ini meyakinkan semula orang Islam khususnya Melayu kepada PAS sedangkan sebelum ini lagu serupa turut didendangkan parti itu, yang sehingga kini masih belum menjadi realiti?

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata hudud tidak sepatutnya menjadi alat politik dan adalah lebih elok ia diperjelaskan oleh pakar akademik jika parti itu benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya.

"Biar ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu yang menjelaskan apakah hudud dan ia adalah lebih menyakinkan daripada ia dibincangkan di kalangan ahli politik yang akhirnya menjadi alat politik.

"Saya minta berhentilah menggunakan hudud sebagai senjata politik atau menjadikannya sebagai batu loncatan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahmood Zuhdi, yang juga Pesuruhjaya Suhakam (Pendidikan dan Perhubungan Awam), berkata ahli politik juga tidak seharusnya bercakap apa-apa yang di luar kemampuan mereka.

Pada Ahad lepas selepas Muktamar Tahunan PAS ke-58, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa hukum hudud adalah hak eksklusif parti itu untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya.

Jika benar hukum hudud itu hak eksklusif PAS, mengapa ia masih tidak dilaksanakan di Kelantan dan Kedah yang mana PAS adalah majoriti di kedua-dua negeri itu?

Pengerusi DAP Karpal Singh pada 16 Nov menegaskan beliau tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussein berpendapat isu hudud yang "didendangkan" PAS tidak lebih daripada modal politik.

"Sebenarnya PAS tidak serius pun nak laksana hudud... ia hanya untuk pancing undi sahaja. Isu ini sengaja dibangkitkan kembali semata-mata mahu menambat hati ahli PAS yang kian pudar sayangnya kepada PAS," katanya kepada Bernama.

Kerajaan PAS Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum Hudud, pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan padu semua anggota, tetapi ia masih tidak dilaksanakan.

Ahmad Atory tidak menafikan hudud sengaja dibangkitkan semula sebagai strategi menonjolkan parti itu di mata rakyat selain bertujuan membina momentum dalam berhadapan pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Tetapi pengundi hari ini bijak dan buka mata. Doa pemimpin PAS yang mahu Umno dan Barisan Nasional (BN) hancur juga sudah cukup untuk menjejaskan imej PAS di mata rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, 23 November 2012

GAMBAR ORANG ATASAN PEMUDA PAS BERSENGGAMA DISEBAR?

Panas betul gambar yang dikongsikan oleh empunya nama samaran Mahkota Dewa di grup FB Kamikaze Line : BN vs PR. 
KLIK SINI
Menurut Mahkota Dewa, gambar di atas melibatkan individu yang mempunyai jawatan di dalam PAS dan beliau juga adalah seorang bekas pendidik. 

Kalaulah betul, pengikut- pengikut PAS di kawasan yang dimaksudkan perlu untuk menilaikan semula individu tersebut sebelum tersalah membuat pilihan. 

Bagi yang berhajat mahu mengikuti setiap komen yang diberikan terhadap entri gambar tersebut, bolehlah terus KLIK DI SINI sekarang. 

GAH tak hasut orang untuk buat aksi anak hantu macam ni ek kawan- kawan... Kwang... Kwang... Kwang...

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger