Selamat datang di CaraGampang.Com

Featured Content Slider

Isnin, 31 Disember 2012

MELETOP, Identiti Sebenar Sofia Putih Terbongkar!!!


Gua tak pasti apa yang bakal gua kongsikan ni betul ataupun sebaliknya... Gua cilok artikel ni dari SINI

Korang baca ajelah..

Jumaat, 28 Disember 2012

Ariel Buat Hal Dengan Isteri Orang



JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini.

Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.

Rabu, 26 Disember 2012

Lagi Cerita Kurang Enak Anwar Ibrahim


Sunguh memalukan bagi Anwar Ibrahim apabila membiarkan sepupu disebelah rumahnya dikampung yang menderita sakit saraf terbiar tanpa sebarang bantuan.

Diberitakan individu tersebut telah terlamtar bertahun lamanya tanpa sedikitpun diambil peduli oleh Anwar Ibrahim.

Jika kita imbas kembali, Anwar Ibrahim dilihat hidup dilingkungi kemewahan apabila dengan bangganya menaiki jet dan bas mewah ke sana dan kemari demi cubaannya meraih simpati rakyat.

Khamis, 20 Disember 2012

Nik Ajis Risau Sekiranya Digugur Pada PRU13 Akibat Sudah Terlalu Tua

KOTA BAHRU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan.

Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik."Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding).

Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.- Bernama

Gua kata senang je, dh tua tak sedar diri... Dulu mengata Tun M, la ni kan dah makan diri?

Rabu, 19 Disember 2012

Perkembangan Terbaru Isu Pergaduhan Kaum Di Sungai Petani

Pagi tadi satu pesanan melalui aplikasi whatsapp membuatkan gua terpanggil untuk mengeluarkan artikel ini.

Semuanya masih lagi berkisar berkaitan isu pergaduhan melibatkan dua kaum utama iaitu melayu dan india.

Melalui pesanan sahabat gua tu, dia ada maklumkan bahawa kekalutan ini semuanya adalah berpunca daripada salah faham dan sikap segelintir masyarakat kita yang tidak pernah mahu terlebih dahulu menyelidik sebelum mengambil tindakan.

Nasib baik setakat ini, gua dimaklumkan takde yang meninggal. Kalau ada yang meninggal, tak pasal- pasal tambah lagi seorang anak hantu..

Lain kali, jangan bertindak sondol tak tentu pasal. Kang tak pasal- pasal orang samakan diri tu dengan binatang 5 ekor yang DAP panggang hari tu, marah pulak..

Hehehe.. Lu semua ada otak, fikir le sendiri

Isnin, 17 Disember 2012

Zila Bakarin Bercerita Tentang Kekesalannya Mengamalkan Suntikan Pada Wajah & Bibirnya Suatu Ketika Dahulu

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita yang sering kali diberi julukan seksi dan menggoda, Zila Bakarin mengakui dia menyesal melakukan suntikan pada wajahnya dan bibir.

Zila telah melakukan suntikan pada bahagian dagu dan bibirnya pada empat tahun lalu hingga merubah bentuk wajahnya dari yang sebenar.

Bagi Zila, perubahan wajah sekarang ini menimbulkan perasaan menyesal yang tebal dalam dirinya.

Ini kerana, Zila merasakan wajahnya yang dulu jauh lebih sempurna berbanding sekarang.

“Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal.

“Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna,” kata Zila yang dipetik dari Sinar Harian.

Zila percaya, keghairahan setiap wanita untuk tampil kelihatan cantik memungkinkn diri masing-masing mengambil setiap cara untuk mengekalkan kecantikan.

Namun, Zila ikhlas menasihati orang ramai yang ingin mengambil suntikan kecantikan tidak meneruskan niat tersebut.

“Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu,” katanya.

Bercerita mengenai perjalanan seni lakonannya, Zila sudah dilabelkan sebagai pelakon wanita yang berjaya membawa watak jahat atau antoganis.

Wanita yang mempunyai dua orang anak perempuan itu mengakui lebih selesa membawa watak seorang perempuan yang jahat dan tidak kisah sekiranya dipanggil pelakon sterotaip.

“Biarpun orang label saya sebagai pelakon stereotaip, tapi pada saya, saya rasa lebih selesa membawa watak perempuan jahat. Saya suka pada watak yang menjadi pencetus kepada segala masalah dalam sesebuah cerita.

“Pernah saya menjayakan watak ibu yang baik, namun akhirnya saya ditegur pengarah kerana katanya, gaya saya seperti mahu memikat anak saya pula. Malah kadangkala saya jadi tertekan kerana perlu mengawal segala tindak tanduk, kawalan suara, reaksi muka dan banyak lagi,” terang Zila. -mynewshub.my

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger