Selamat datang di CaraGampang.Com

Isnin, 15 April 2013

Sungai Acheh bergolak lagi @dzainalabidin

Dengan hanya berbaki 5 hari lagi untuk penamaan calon untuk PRU 13 isu calon di setiap Dun dan Parlimen sering menjadi tanda tanya.Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Lain pula jadinya di Dun Sungai Acheh.Untuk imbasan kerusi di Dun N21 Sungai Acheh pada PRU yang ke 12 di menangi oleh Datuk Mahmud Zakaria(BN) menewaskan Dr.Azhar Ahamad(PKR) dengan majoriti 250 undi.

Kerusi yang dipegang calon untuk PKR itu sebelum ini adalah milik PAS dan untuk PRU 13 ini,kerusi itu menjadi 'panas'.PAS mengharapkan kerusi itu dipulangkan untuk calon mereka.Akhir-akhir ini menjadi pergolakan dalaman PR dan kata putus telah dibuat dan kerusi itu 'dikembalikan' kepada PAS dan mereka bakal meletakkan calon iaitu Mohd Yusni Mat Piah dan bukanlah CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham dari PKR.

Ini dikuatkan lagi dengan satu penulisan beliau yang mengatakan 'tidak akan ada pertandingan 3 penjuru di Dun Sungai Acheh'

Tetapi perkara berlaku sebaliknya apabila secara tiba-tiba pada pagi Ahad 14 April 2013 Chegubard bersama kumpulan gerak kerja PKR telah berkempen,memberi risalah manifesto PR dan merayu undi untuk dirinya di Dun Sungai Acheh.

Hal ini menunjukkan Chegubard yang beliau tidak akan berundur diri daripada bertanding di situ.Apa sudah jadi dengan PR.Mungkin ini hanya lakonan dan akhirnya Chegubard tidak akan bertanding di N21.Atau mereka hanya mahu mendapat publisiti rakyat tempatan.

Andai ini yang sedang dimainkan mereka bermakna PR telah memperdaya rakyat sekali lagi dengan cara politik kotor mereka.


*dalam masa yang sama 'orang-orang' kuat PAS telah mula promo dan berkempen untuk Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.Makin sulit isu kes dalaman PR.Kalau dah tak berpakat tu,keluar saja lah PAS dari PR.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger