Sekali lagi Pakatan Rakyat menjadikan masjid sebagai pentas politik.
Sebelum bacaan tazkirah dan khutbah Jumaat hari ini di Masjid Kampung Matang Gedong Sungai Petani sebentar tadi,pihak masjid telah mengumumkan yang akan diadakan 'perhimpunan kebangkitan rakyat' pada petang ini.
Muslimin yang hadir agak terkejut dengan pengumuman yang di anggap lebih kepada politik itu.Di sini sekali lagi Pakatan Rakyat telah menjadikan rumah Allah sebagai kepentingan peribadi politik mereka.
Pihak masjid sepatutnya mengenepikan fahaman politik semasa berada di tempat suci itu.Ini menunjukkan mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengejar Putrajaya.
Lebih menyedihkan apabila text khutbah itu menunjukkan dan ingin menghasut untuk menyokong Pakatan Rakyat.Perkara ini menunjukkan mereka sangat terdesak hingga segalanya boleh digadai termasuk kesucian Agama Islam sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan