Selamat datang di CaraGampang.Com

Featured Content Slider

Khamis, 21 Februari 2013

Papa Gomo Kena Belasah

Gua amat tertarik dengan penulisan yang dikeluarkan sahabat gua Budak Sri Kinta berhubung dengan tindakan kurang pelajaran yang ditunjukkan mantan blogger Numero Uno, Papa Gomo.


Gua sebenarnya pelik dengan perangai Papa Gomo nih. Sejak dari bergelar blogger Numero Uno dahulu sehinggalah tangga tu di sailang oleh blogger senegeri dengan gua, sikap Gomo sedikit pun tidak pernah berubah.

Gua difahamkan, Gomo sejak dahulu lagi dah ada "kolam tadahan" berstatus empangan. Sebaliknya, yang pelik bagi gua, kolam yang sebesar empangan tu tak pernah memuaskan hati dia.

Gomo lebih gemar ganggu kolam orang lain yang sebesar kelangkang dirinya. Lu orang tak pelik ke?

Bila dh terjunam jatuh, dia bunyik lagi... Lu makan besar, lu main le cerita politik 24 jam, kitorang ni sungguhpun layan cerita hiburan, rasanya BN sepatutnya bersyukur ada blogger freelance seperti kami yang tak menghabihkan boreh diorang.

Lu bising- bising ni kenapa bro? Lu dah tak cukup nak pusing ke?

Pstt... gua nak tanya kat gomo sikit ni, LTDL kali ni lu tak buat apa- apa projek ke?

Untuk pengetahuan gomo, gua blogger tak bertuan. Tak ada kaitan ngan umb dan tak ada kaitan dengan sesaper. So kalau lu marah dengan apa yg gua tulis, jangan nak menuduh aku ni dari mana2 kumpulan pulak.

Aku tak mau dikaitkan dengan mana2 kumpulan, aku lebih selesa tidak bertuan!!!!

Lu selalu cakap pasal brotherhood, tapi lu cakap macam sial, blogger yang sealiran macam kami ni, sekalipun mainkan isu artis lu terus buang link. Dari situ pun gua dah tau lu ni jenis perasan bagus.

Sabtu, 9 Februari 2013

Perompak Jadikan Anak Tebusan Ditembak Mati Bapa


Taiping, 8 Feb - Seorang ayah nekad melepaskan tembakan ke arah kumpulan empat penjenayah yang memecah masuk kediaman mereka untuk menyelamatkan anak perempuannya yang hampir menjadi tebusan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan, Assam Kumbang di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata dalam kejadian 3 pagi tadi, suspek ditembak Abdul Jalil Abdul Wahab yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar sebaik membuka pintu bilik yang dihuni bersama isterinya di tingkat bawah rumah banglo berkenaan. 

"Sebelum itu tiga daripada empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan parang memasuki bahagian tingkat atas rumah yang dihuni anak perempuan, menantu serta dua cucu Abdul Jalil selepas memecah masuk rumah itu melalui pintu berjeriji besi di bahagian tepi rumah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini. 

Kumpulan itu kemudian membawa turun anak perempuan dan menantu tersebut serta mengugut akan mencederakan mereka, katanya. Beliau berkata dua das tembakan dilepaskan ke arah kumpulan penjenayah itu menyebabkan kesemua mereka melarikan diri. 

Susulan itu, seorang warganegara Indonesia berusia 40-an dipercayai seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditemui mati di kawasan semak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian, katanya. 

Yusof berkata kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya polis kini melancarkan gerakan memburu baki tiga lagi perompak dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. 

Abdul Jalil, 63, berkata apabila mendengar anak perempuannya, Jazlina, 28, meminta tolong sambil mengetuk pintu biliknya, beliau segera mengambil pistol dan melihat paparan kamera litar tertutup yang ditempatkan di dalam biliknya. "Saya terperanjat apabila melihat beberapa kelibat yang berdiri di hadapan pintu bilik saya. Saya membuka pintu perlahan-lahan dan memberanikan diri melepaskan tembakan ke arah mereka," katanya. 

Katanya beliau terus keluar dari biliknya serta melepaskan satu lagi tembakan ke arah kumpulan perompak itu yang kemudian melarikan diri dan beliau tidak mengejar penjenayah itu bagi memastikan keselamatan anggota keluarganya. Sementara itu Jazlina berkata semasa kejadian, beliau bersama suaminya, Adi Hafiz Yusop, 34, tidur di ruang atas rumah sebelum ditawan penjenayah yang kemudian menggunakan wayar seterika dan kain untuk mengikat tangan serta menyumbat mulut suaminya. Katanya penjenayah terbabit turut menawan anak saudaranya Arif Syazwan Mohd Shariff, 12, yang nyenyak tidur di sebuah bilik lain sebelum mengarahkan beliau menunjukkan bilik ayahnya. 

"Dalam keadaan itu saya cuba berfikir untuk melakukan sesuatu sebelum mengetuk pintu bilik ayah supaya ayah dapat perasan sesuatu yang tidak baik berlaku. Saya memanggil ayah dengan nada perlahan memintanya membuka pintu dan kemudian menukar nada suara supaya ayah perasan," katanya. Beliau melahirkan rasa syukur kerana ayah dan anggota keluarganya selamat dalam kejadian itu. - BERNAMA

Jumaat, 8 Februari 2013

Pemuda Ditetak Pasang Bendera BN


TANAH MERAH: Seorang pemuda cedera di kepala ketika memasang bendera dan sepanduk Barisan Nasional (BN), dipercayai ditetak seorang penyokong parti pembangkang di Kampung Batu 5 1/2, Jalan Bendang Nyior di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera dan sepanduk.

Mohd Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.

"Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," kata, Mohd Dasuki.

Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ.

“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.

“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini, semalam.

Mohd Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.

Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.

Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan. -Antarapos

Khamis, 7 Februari 2013

Lagi Cubaan Setan Belaan Pakatan Rakyat Untuk Menggagalkan Sambutan #CNY Bersama Psy #ubahpenang #oppapenangstyle #tukarLGE

Sungguhpun Lim Guan Eng ada mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan sokongannya terhadap cadangan Barisan Nasional untuk membawa masuk Psy bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Namun begitu dapat dilihat bahawa disebaliknya terdapat gerakan untuk mensabotaj yang begitu giat dilakukan ketika ini sehinggakan facebook dan twitter rasmi penghibur antarabangsa itu turut diserbu dengan pelbagai macam fitnah dan hasutan daripada anak- anak setan belaan Pakatan Rakyat.

Di sini gua tunjukkan untuk korang nilaikan sendiri;


Rabu, 6 Februari 2013

Selepas Isu Kalimah : PAS Berhajat Lakukan Pusingan U Kali Kedua Untuk Memulihkan Reputasi



SHAH ALAM - Majlis Syura Pas sedia untuk berbincang dan menimbang semula pelucutan jawatan bekas anggotanya, Nasharudin Mat Isa sekiranya pemimpin itu membuat rayuan berhubung keputusan 13 Januari lalu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas sentiasa terbuka ke arah itu dan Nasharudin boleh berbuat demikian kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti.

"Kita sangat-sangat terbuka. Tak ada masalah. Bagi Ustaz Nasha, beliau boleh merayu... tak ada masalah.

Jumaat, 1 Februari 2013

Belumpun Bergelar Menantu, Sharnaaz Sudah Cabar ND Lala Jadi Anak Lelaki!!!



“Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.
“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya. 

Our Partners

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Cara Gampang | Creating Website | Johny Template | Mas Templatea | Pusat Promosi
Copyright © 2011. Geng Anak Hantu - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by CaraGampang.Com
Proudly powered by Blogger